Video Pilihan!!

kharFM akan lebih menyejukkaan hari-hari anda..

kharFM akan bersiaran lebih konsisten selepas ini bagi memenuhi permintaan pendengar-pendengar sebelum ini.

Fenomena kharFM 2012..

kharFM akan mengadakan beberapa slot dan antara slotnya ialah slot nasyid pada siaran selepas jam 12 tgh malam. Selain itu tempoh percubaan adalah pada bulan ini sehingga penghujung bulan Julai nanti.

CONTEST kharFM Lebih sejuk dari biasa...

Nantikan kemunculan contest ini dalam masa terdekat yer..

Bus Oh Bus

Macam-macam cerita fasal bus. Belum lagi fasal driver bus. Sampai bising kat Kharians woo...

PENGHUNI KHAR [NON HUMAN]

wOO..Burung pon suka tinggal di khar. Khususnya burung layang-layang yang jadi prob di blok 1 dan 3. Cantik kan tengok telatah mereka ne kadang-kadang:P

Pelajar Diploma Baru

Pengambilan Pelajar Diploma Baru JUN 2012.

Ruangan Pengumuman/Update Disini

Web KharFM masih dalam penambahbaikan. Kesulitan amat dikesali.TQ.

LINK ALTERNATIF DI SINI (jika player di blog tidak berfungsi)
http://myradiostream.com/kharfm

## [7/10/11] RADIO KHARFM AKAN BERSIARAN BERMULA PADA JAM 11.00 MALAM.##

## [ 3/6/12] RADIO KHARFM AKAN BERSIARAN HAMPIR 24 JAM SEHARI BERGANTUNG KEPADA JADUAL DEEJAY YANG AKAN DIUMUMKAN DI FB.##

##[8/6/2013] RADIO KHARFM AKAN MULA BERSIARAN PADA JAM 10.30 MALAM DAN MUNGKIN AKAN ADA PERUBAHAN DARI MASA KE SEMASA. SEGALA MAKLUMAT SIARAN AKAN DI UPDATE DI GROUP KHARFM DI FB.##


Showing posts with label PENGUMUMAN PENTING. Show all posts
Showing posts with label PENGUMUMAN PENTING. Show all posts

Thursday, 27 August 2015

Return : Selamat Datang Mahasiswa/wi Ambilan September 2015/2016...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....(tak jawab dosa....haaa..jgn tipu...menipu berdosa, mati masuk api neraka....la la la.....)

Rasenye ckup lama dh blog ni menyepi...bak kate pepatah

pulau pandan jauh ketengah, 
gunung daik bercabang tiga, 
2 3 boleh ku cari,
mana nak sama blog ni yang satu...

memang xkena...kui3..untuk pengembalian yang keberapa kali ni..admin cuba juga untuk update dengan lebih kerap perkara2 yang berlaku di UPSI. Walaupun radio masih belom boleh on air..kita tengoklah nanti macam mana. Ada tak penerus legasi yang akan terus menerus meninggalkan legasi untuk mengekalkanlegasi Kharfm nie.

Ok lah..xlama lagi adik-adik kita nak join kita masuk UPSI. Kita ucapkan lah selamat datang...welcome...ahlan wasahlan...dan yang seumpamanya..

Cukup ni je dlu...kita akan bersua kembali di alam maya....in sha Allah...

ketika zaman pembinaan Kampus Sultan Azlan Shah Proton City (sekarang dah cantik dah)

Monday, 15 April 2013

Mission Impossible -K'HAT 007



Karnival Hari Terbuka Kolej Harun Aminurrashid 2013 yang merupakan kali ke-7 ataupun kali pertama diadakan di KHAR BLMT Kampus Proton City akan menemui anda pada 25 Hingga 28 April ini. Dengar kata banyak program yang akan dijalankan....ayuh kita memeriahkan lagi suasana di perkarangan KHAR BLMT nanti.

Maklumat lanjut di FB: https://www.facebook.com/Khat007MissionImpossible
klik di sini ya...

Saturday, 9 June 2012

10 Jun 2012 - Pengambilan Pelajar Baru Diploma..



Kepada Pelajar2 senior, jangan buli pula adik2 junior yer..bertolak ansur duduk di khar nih..jangan lupa join aktiviti2 JMK khar....hidup dalam komuniti, kepentingan hak bersama adalah diutamakan. Selamat datang pelaja2 Ambilan Diploma Jun 2012 dan selamat kembali kepada pelajar2 Diploma lama...


~kharFM crew~

Friday, 8 June 2012

kharfm CONTEST Lebih Sejuk Dari Biasa...


InsyaAllah...bagi mempertingkatkan dan mengevolusikan kharFM, crew kharFM telah bersetuju untuk mengadakan CONTEST atau dalam baha Melayu nyer PERTANDINGAN.... CONTEST ini akan bermula dalam jangka masa terdekat ini. Hadiah juga  akan diberitahu kemudian berserta syarat-syarat CONTEST tersebut..

Kepada pendengar2 ataupun individu2 yang ingin membuat penajaan amat dialu-alukan yer..semoga ada manfaatnya dengan perkara ini.

~kharFM crew~

Fenomena kharFM..2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..




KharFM pada kali ini akan lebih konsisten dalam menentukan siaran ke udara. tempoh percubaan tempoh siaran ini adalah sepanjang bulan ini sehinggalah hujung bulan Julai. Diharapkan semua pengunjung dapat berkunjung dan dapat berkongsi dengan kawan-kawan yang lain yer..pengisian di blog ini akan di update dari semasa dengan maklumat dari pejabat khar sendiri..insyaAllah..doakan usaha ini dipermudahkan...

Siaran pada jam 12tgh malam akan disediakan lagu-lagu nasyid.


~kharFM crew~

Sunday, 3 June 2012

KharFM akan kembali menyejukkan hari-hari anda...



Salam semua...

kharFM akan kembali bersama kita semua dalam masa terdekat ini secara lebih sejuk dari biasa..
Admin kharFM sudah pn memberi keizinan untuk meneruskan tempoh siaran yang lebih lama dan lebih sejuk..
Kita akan menjadualkan semula slot-slot yang lebih menarik dengan deejay-deejay baru kite..nantikan siaran kharFM...

Wednesday, 21 December 2011

Kharfm new season...

Fuhh...penat cari idea mcm mane nak buat kemunculan semula kharfm ni..maklumlah...crew utama kita selaku manager dah tak bersama kita lagi. InsyaAllah...kharfm akan bersiaran seperti sebelum ini..cuma masa dan waktu sahaja belum diputuskan lagi..InsyaAllah dalam masa terdekat ni.

Ape pun pelajar2 degree akan menghadapi "study week"...study smart n study hard.
study sampai pecah kepala sebab......



final exam dh nak tiba..td tepon, OTW katenyer..kejap lagi smpai la exam tu..so...




crew kharfm akan menemani anda sepanjang detik-detik cemas sehinggalah titisan air peluh terakhir (gabra mase jwb soalan)

Jadi, nantikan kemunculan siaran kharfm anda...pastikan anda melihat pengumaman yg akan dibuat dari masa ke semasa.. hanya di kharfm teman online anda...chaiyok...chaiyok..


Thursday, 6 October 2011

Keciciran Nama [Permohonan Kolej Student Dip Sem 1]

[Diploma Semester 1]


Nak buat macana ne?
Nama gua tak ada dalam sistem
List yang berjaya mohon pun tak ada nama saya
Ish..ish..ish...dah la tak isi borang online sebab bercuti
macana nak online di kampung mana ada Jaring?

Haa...korang-korang member diploma
g pejabat cepat-cepat isi borang kalau belum atau tidak dapat pohon kolej
cepat-cepat tau



Pergi pejabat pentadbiran Khar cepat ea..
kang susah pula cari rumah sewa di luar kalau tak isi
tapi kalau memang nak keluar
abaikan mesej ini ok guys hehe

CU
~KharFMCrew~

Wednesday, 5 October 2011

Kering Tenaga Tak Kering Idea

Lokasi: Blok 1..area dinding rumah..sadis weh hehe...

KharFM Masih cuba dibangunkan
Idea tak putus-putus
hanya kekangan masa dan tenaga yang kurang
Tunggu kemunculan semula Crew
Kami akan temani anda semula
dalam masa yang terdekat
TQ.

Thursday, 29 September 2011

SITE UNDER MENTENEN

Haraf Maaf kepada semua
Site KharFM masih dalam proses pembaharuan semua
Crew tidak dapat bersiaran seperti biasa
Kami akan bersiaran apabila dah stabil balik
hujung minggu ne insyaallah dah Stabil
Nantikan benda2 baru dari kami
Harap Maklum
TQ.

Saturday, 24 September 2011

Gangguan Server: Sila Gunakan link Alternatif

Gangguan baru sahaja dikenalpasti
sila klik pada link alternatif untuk mendengar radio
Link ada di nyatakan di bawah ruangan pengumuman
Kesulitan amat dikesali

Crew Member Needed

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera Semuanya.
Ya, seperti yang diberitahu kepada anda, untuk sekarang ini, krew sangat terhad dan gerak kerja sangat terbatas. Kalau ada yang sama minat dengan kitorang boleh la jadi krew KharFM. Tapi, bukanla secara berbayar hehe. Page ini kan suka-suka. Jadi orang yang paling sesuai ialah orang yang minat yang tinggi baru la buat keje dengan kepuasan!.

Krew yang sangat diperlukan ialah krew penulisan. Kalau ada orang yang betul-betul berminat boleh kitorang jadikan korang admin dalam penulisan berita dan pengumuman. Jangan malu jangan segan mencuba, admin KharFM pun dah beberapa kali dicemuh dan dilemparkan ayat-ayat "cinta" dari beberapa pihak. Tapi, admin membuat semua ini untuk kepuasan diri, so tak ada masalah sampai sekarang. Adat la tu buat benda baru kena cemuh baru la menjadi. Kena sabo banyak-banyak hehe.

Krew amik gambar pun diperlukan, krew amik video pun diperlukan, krew proses gambar dan video pun diperlukan, krew yang mulut laser pun diperlukan, krew keagamaan pun diperlukan, krew pengacara tv pun diperlukan dan banyak lagi la. Kan elok kita dapat kumpulkan kepakaran dalam satu website sahaja. Student pun tak perlula pergi ke 2, 3 laman website untuk mendapatkan maklumat sebab semuanya ada disini!.

Admin dah test semua dari audio ke gambar ke video ke penulisan ke editing dan last publish to public. So, tak ada masalah untuk testing lagi, admin akan ajarkan semuanya. Nak g dating juga weh kadang-kadang. Tak terbuat semua tu dalam satu masa.

Sooooo....kalau ada yang berminat, rojer2 kat email matakhar@gmail.com atau post kat kharians pun boleh atau gtau kat chat sewaktu bersiaran pun boleh...

Apa yang penting..kerjaaaaaasama hehe

Crew Member,
Admin KharFM.

Thursday, 22 September 2011

Kad Pengenalan Hilang?

Makluman, Bagi sesiapa yang kehilangan kad Pengenalan seperti di bawah, boleh dituntut di pejabat Khar secepat yang mungkin. Kalau ini member anda, bagitahu yer...mungkin beliau tercicir kat mana-mana. Snapshot ada kat bawah ne....


Upgrade In Action [22/9/2011]

Disebabkan Oleh masalah server radio yang dihadapi sejak 2 hari kebelakangan ini, Crew terpaksa merehatkan siaran untuk memberi laluan mentenen kepada server radio dan website KharFM.

Radio akan dipasang pada jam 11.30 malam [agaknyer kot] untuk tujuan percubaan. Jika berminat mendengar, tak salah, Jom Dengar mr.Mentenen berdejay hehe.

Pihak kami juga akan cuba meminimumkan tempoh penyelenggaraan untuk Dejay@cikgu bersama dengan anda seperti biasa. Kesulitan amat dikesali. Diharapkan agar pendengar bersabar dengan perkara ini.

Untuk pengetahuan pendengar, radio server dan blog ini atas platform percuma dan bukan berbayar. Tidak hairan jika terdapat banyak masalah yang timbul kerana servis yang sangat basic.

Sungguhpun begitu, atas dasar korang semua yang sporting hehe, kitorang akan tweak segala sistem untuk memudahkan pihak kami dan anda sebagai supporter gituu. Penambahbaikan akan berlaku dari semasa ke semasa. Jika ada cadangan, hantarkan sahaja email ke matakhar@gmail.com agar kami dapat mengadaptasikan cadangan anda terhadap radioblog KharFM!!!

Thank You in Advance Yo.

Monday, 19 September 2011

Program Jalinan Siswa II (JALIN 11)




Minggu suai kenal kolej dah tiba.. Jom kita ramai2 meng'active'kan diri kita..jommmmmm!!!!!!! Mulai 19hb Sept ini Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) akan menganjurkan JALINAN SISWA II (JALIN II) berakhir 25hb Sept ini. Pelbagai aktiviti akan diadakan, sila rujuk papan kenyataan setiap aras anda yer.. Tp acara yg wajib setiap kali minggu ini berlangsung ialah lawatan muhibbah JMK ke rumah penghuni..

So, siapkan diri anda.. Kumpul sticker byk2.. Hanya penghuni yg layak sahaja akan berjaya menduduki kolej pada semester hadapan.. Sokong aktiviti yg telah diaturkan yer.... KHAR tetap di hati...

~kharFMCrew~

Kad Matrik Siapa Tercicir

Er..nak gitau di pejabat Khar ada kad matrik yang tercicir or tertinggal. Ada sape-sape kenal beliau tak? Kot-kot member anda kan. Kesian juga kalau hilang. Naya woo...Kad Bank tuuuuuuu...kat bawah ne gambaqnyer..

Tapi kad ini hanya salinan fotostat berwarna depan dan belakang [macam taktik nak lepas pakguard je hehe]. Jadi ini hanya gambar kad matrik, tapi kot-kot tuan dia tercicir, sila pergi ke pejabat Khar untuk membuat tuntutan sebelum ianya dilupuskan. Terima Kasih:)

~KharFMCrew~

Wednesday, 14 September 2011

Pengambilan Anggota PALAPES UPSI Ambilan September 2011/2012

Perhatian kepada semua pelajar baru ambilan 2011/2012 yang telah mengisi borang dan masih berminat untuk menyertai PALAPES UPSI, sila hadir ke markas PALAPES UPSI seperti berikut :

Tarikh : 17 September 2011 (Sabtu)Mas
Masa : 8.00 pagi
Pakaian : Berpakaian Sukan lengkap
Tempat : Markas PALAPES UPSI

Sila bawa bersama dokumen asal beserta salinan dokumen berikut :
1. 6 keping gambar berukuran pasport
2. 4 salinan kad pengenalan
3. 4 salinan kad pengenalan ibu bapa
4. 4 salinan sijil berhenti sekolah
5. 4 salinan keputusan peperiksaan (Matrikulasi/STPM/STAM/Diploma)

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

Sjn Rosdan : 019-5178271 / 017-4778280
Kpl Hairul : 013-6040915

Kenderaan disediakan di setiap kolej kediaman pada jam 7.00 pagi - 7.30 pagi.

Harap maklum.



Laman Web Rasmi Palapes UPSI


~KharFMCrew~

Tuesday, 23 August 2011

PENDAFTARAN SEMESTER SECARA ONLINE BAGI SEMESTER 1 SESI 2011/2012


PENDAFTARAN SEMESTER SECARA ONLINE BAGI  SEMESTER 1 SESI 2011/2012 
 
  1. Pendaftaran semester WAJIB dibuat secara ONLINE melalui MyUPSI Portal dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh Universiti. Pelajar boleh mendaftar semester secara online bermula pada 5 September 2011 hingga 12 September 2011.
     
  2. Pelajar dikehendaki mengemaskini profil pelajar terutama maklumat bagi alamat rumah dan nombor telefon yang terkini agar memudahkan proses penghantaran surat-menyurat kepada pelajar.
     
  3. Pelajar yang lewat mendaftar semester akan dikenakan bayaran DENDA sebanyak RM10.00 sehari bermula 13 September 2011.
     
  4. Status seseorang pelajar universiti akan gugur sekiranya tidak mendaftar semester dalam tempoh dua (2) minggu selepas semester bermula tanpa memberi sebab secara bertulis kepada Dekan Fakulti. Semua pelajar adalah tertakluk kepada Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perkara Akademik) 2008.
     
  5. Jadual Kuliah hanya boleh dicetak selepas pelajar membuat pendaftaran semester.
 Sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Akademik (Unit Pendaftaran).
Dikeluarkan oleh         :           PEJABAT PENDAFTAR, BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK (UNIT PENDAFTARAN)
Telefon                        :           05-4506992/6991/6923
Emel                            :           redzuan@upsi.edu.my


sumber: Portal UPSI

Friday, 12 August 2011

Ruang Sembang KharFM Kini Stabil

Salam.

Kepada semua pendengar/pelayar Radioblog KharFM. Anda kini boleh bersembang dan membuat ucapan kepada rakan anda di Ruangan Chat [Klik untuk terus ke ruangan Chat].

Anda bolehla direct mesej dengan KharFM Crew untuk menjadikan komunikasi lebih menarik.

~KharFM~

Thursday, 11 August 2011

Masalah: Radio Tak Dengar Bila Guna Firefox atau Chrome

Salam Pendengar semua. Mungkin bila anda masuk ke blog ini, anda akan menghadapi masalah capaian. Maksudnya Bila anda masuk, radio tak Kedengaran. Tapi jangan risau, perkara itu telah menjadi perhatian Krew KharFM dan segera-segeralah kami menyelesaikanya.

Apa yang Perlu anda lakukan ialah dengan mendownload Plugin Ini [sila klik untuk Download].

Sesudah itu, Install dan restart semula Firefox atau Chrome. Insyaallah, akan kedengaran suara radio.

Jika masih menghadapi masalah capaian, anda boleh nyatakan dalam komen di bawah.

All the Best

KharFM Crew Member.

Dari Meja Editor

Radio kharfm merupakan badan yang bergerak sendiri pada ketika ini. Segala maklumat dan hak penyiaran di atas tanggungjawab admin dan tidak ada kaitan dengan mana-mana jabatan atau pun persatuan di UPSI.
Masih dalam Pembaikan. Maaf Atas Kesulitan.TQ.

Genk

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More