Sedey sey. Aku kene pindah. Pindah rumah takpe, ne pindah Kolej woo. Menyusahkan betol. Ingat barang aku sikit ke nak pindah-pindah ne. Penat aku dah susun tau tak. Dah tu senang-senang je kolej nak pindahkan saya. Kemonla, Aku bayar Yuran la. Sepatutnya pengurusan tak patut buat macam tu dekat saya ne.
Aaaa... tu la dia antara rungutan kengkawan yang lain. Ada yang merasakan bahawa mereka menjadi mangsa atas perpindahan ne. Ada yang rasa teraniaya pun ader gak.
Cikgu Cikgi sekalian, perpindahan tu bukan dibuat suka-suka. Sepatutnya korang memang lebih bersedia. Ini kan kolej bukan rumah sewa macam kat luar tuu. Kalau rumah kat luar tu stay sampai sploh tahun pun takpe. Tapi kolej memang akan ada yang berpindah randah sejak dari duluuuuuuuuuuuuuu lagi. Teringat g kitorang pindah dari KUO ke KAB dulu, memang faham dah rasa tu. Yang kena tu fikir positif sahaja la yer. Semua ne akan jadi kenangan yang terindah satu hari nanti hehe.
Untuk pengetahuan semua perpindahan ne disebabkan oleh kemasukan PALAPES. So, ada x-change antara penempatan PALAPES dan student yang ada di KHAR. Jangan marah siapa-siapa jangan melenting. Nanti cepat tua hehe. Terima dengan hati yang terbuka. Nak bising macam mana pun memang akan pindah juga.
So, dipendekkan cerita, Redha sahaja la kan. Pengurusan pun bukan suka hati nak pindahkan melainkan mendapat arahan dari pihak yang lebih atas. Jangan la cepat marah ok.
yang pernah berpindah randah
~KharFMCrew